Saturday, May 12, 2007

Al Haram Al Sharif di Baitulmaqdis, tempat ketiga paling suci dalam Islam

Sejarah Baitulmugaddis

Baitulmuqaddis juga dieja sebagai Baitulmaqdis atau Jerusalem (Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushalayim; Arab: القدس al-Quds; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel ingin menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya tetapi ini tidak dipersetujui oleh majoriti negara di seluruh dunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap; Zaman Kuno, Zaman Pemerintahan Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Mandat British, dan Zaman Pendudukan Israel

Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Solomon's Temple (Kuil Sulaiman).

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan Solomon's Temple. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod the Great tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom.

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.

Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmuqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmuqaddis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmuqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu Constantine membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Church of the Holy Sepulcher pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.

Walaupun Al Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmuqaddis" tetapi hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmuqaddis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Church of the Holy Sepulcher tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa.

Enam tahun kemudian, Qubbat As-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid Al Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.

Baitulmuqaddis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Kristian Baitulmuqaddis (Kingdom of Jerusalem). Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmuqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmuqaddis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1517, Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman Al Qanuni membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.

Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik Jordan.

PBB mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitulmuqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmuqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid Al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmuqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.

Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik Jordan.

Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmuqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmuqaddis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tidak terjawab.

Thursday, May 3, 2007

Yahudi Yang Kejam

Sejarah Yahudi

Israel adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang.Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama (lihat juga Orang Israel.)

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.


Nama Israel

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri. Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite).

Negara moden dinamakan Negara Israel. Cadangan-cadangan nama yang ditolak termasuk Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru. Penggunaan istilah Israeli untuk merujuk kepada seorang warganegara Israel diputuskan oleh Kerajaan Israel dalam minggu-minggu selepas kemerdekaan, dan diumumkan oleh Menteri Luar Negeri, Moshe Shertok.

Bani Israel bermaksud keturunan Israel. Asal usul perkataan dan istilah Israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Istilah Israel mengikut bahasa Ibrani bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'. Hal ini kerana baginda selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya pada waktu malam manakala pada hari siangnya baginda menghabiskan masa dengan berehat dan membuat persediaan untuk perjalanan berikutnya pada waktu malam. Begitulah asal-usul nama Israel itu. Kaum Bani Israel ini berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang ini yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath'. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan di kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.

Negara Israel

Peta Baitulmuqaddis pada tahun 1947 semasa Pentadbiran Mandat British.

British berjaya menewaskan Empayar Turki
Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada 11 Disember 1917.

Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pem

erintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat
British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh nega

ra-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian akan dijadikan bandar antarabangsa.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiann

ya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.

Israel mendapat kemerdekaan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Islam dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di

sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.


Geogarafi

lokasi

Ibu Negara
Bandar Terbesar

Baitul Muqaddis
Baitul Muqaddis

Bahasa rasmi

Ibrani, Arab

Kerajaan
–Presiden
–Perdana Menteri

Demokrasi parlimentari
Moshe Katsav
Ehud Olmert

Kemerdekaan
– Disiytiharkan

Dari United Kingdom
14 Mei 1948 (05 Iyar 5708)

Kawasan
– Jumlah
– Air (%)

22,145 km² (ke-151)
8,550 b psg
~2

Populasi
– anggaran Disember 2006
– banci 1995
– Kepadatan

7,100,000 (ke-99)
5,548,523
324/km² (ke-34)
787/b psg

GDP (PPP)
– Jumlah
– Per kapita

anggaran 2005
$163.45 billion (ke-53)
$23,416 (ke-28)

Matawang

Sheqel Israel Baru (₪) (ILS)

Zon waktu
– Musim panas (DST)

IST (UTC+2)
(UTC+3)

Kod panggilan
TLD Internet

+972
.il